Abby Abadi Akhirnya Jumpa Suami Marissa Di Hari Raya

Sambutan hari raya pada tahun ini lebih bermakna kepada pelakon Abby Abadi selepas akhirnya dapat berjumpa dengan menantunya, Ahmad Aslam yang juga suami kepada Marissa Dania Hakim. 

Video yang dimuat naik sendiri oleh Abby itu menyaksikan Marissa disambut ibu tirinya, Memey Suhaiza dan abangnya, Danish Hakim membawa Aslam bertemu dan bersalaman dengan Abby.

 

 

Menurut Abby, hari raya  tahun ini merupakan peluang untuk semua pihak memperbaiki kesilapan lalu.

“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.

“Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati,” katanya.

Abby juga dilihat memeluk erat Marissa sebelum dia bersalaman dengan Aslam.

Video itu juga telah berjaya meraih pujian dan doa untuk kebahagian keluarga mereka selepas melalui pelbagai dugaan sebelum ini.

Sumber: Kosmo