Kecoh Anak Didakwa Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga, Ini Antara Reaksi Abby Abadi

Sejak awal pagi tadi (8 September), media dikejutkan dengan penularan berita yang mendakwa anak kepada pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan suami isteri.

kecoh anak didakwa jadi ‘penyondol’ rumah tangga, ini antara reaksi abby abadi

Dakwaan itu didedahkan oleh seorang wanita yang bernama Misya, tampil mendedahkan sikap seorang gadis yang didakwa anak kepada pasangan artis itu, menggangu rumah tangganya hingga menyebabkan penceraian.

kecoh anak didakwa jadi ‘penyondol’ rumah tangga, ini antara reaksi abby abadi

 

 

Susulan dakwaan itu, ibu kandung Marissa Dania iaitu Abby Abadi tampil menjelaskan perkara sebenar selepas perjumpaan dibuat antara kedua belah pihak.

 

Menurut Abby, beliau mengakui ada berjumpa dengan pihak berkenaan namun ia bukanlah untuk memohon maaf seperti yang didakwa.

 

“Ya kami ada berjumpa, tu waktu baru dimaklumkan hal ini. Memang masa tu tak tahu cerita pun tapi bila bercerita kata kami datang berjumpa untuk minta maaf?
“Apa tu, tu malas nak bercakap. Jadi geram dengan perangai manusia ni,” kata Abby.

 

Malah, Abby turut menegaskan pihaknya tidak pernah bersumpah dan menjunjung Al-Quran.

 

Abby dalam pada itu turut meminta agar pihak sana menceritakan hal sebenar dengan jelas, tanpa membuatkan orang lain bersangka buruk dan membuat spekulasi tidak benar.

kecoh anak didakwa jadi ‘penyondol’ rumah tangga, ini antara reaksi abby abadi

“Siapa yang bersumpah dan junjung Al-Quran tu? Yang pasti bukan daripada pihak kami ya. Nak bercerita tu bagi jelas, jangan buat orang tertanya-tanya dan bersangka-sangka,” kata beliau.

 

Terdahulu, kakak kepada Misya iaitu Nadiah mendakwa mental dan emosi adiknya itu telah dipermainkan oleh suami dan juga anak kepada pelakon berkenaan, Marissa Dania.

 

Malah kata Nadiah lagi, rumahtangga adiknya telah dipecahbelahkan oleh Marissa hingga menyebabkan berlakunya penceraian.

 

Dalam pada itu, Abby turut menjelaskan akan menjawab segala persoalan yang melibatkan anaknya, Marissa Dania, berkenaan isu ini.

kecoh anak didakwa jadi ‘penyondol’ rumah tangga, ini antara reaksi abby abadi

Sumber: Instagram