Viral baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan anggota bomba sedang memujuk seekor anjing di beranda bangunan tinggi demi menyelamatkannya daripada terjatuh.
Menerusi perkongsian di Facebook daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) menunjukkan gelagat seekor anjing yang seolah-olah sedang merajuk dan memalingkan wajahnya seperti enggan melihat anggota bomba tersebut.
“Bukan senang hendak memujuknya. Abang bomba juga yang perlu memberi ayat manis,” kata pihak JPBM.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anjing tersebut.
“Jarang nampak anjing merajuk. Kalau kucing, selalu juga. Bertambah lagak diva mereka
“Pujuk orang banyak kali dilihat. Pertama kali melihat anjing dipujuk. Rasa comel sungguh abang bomba dan anjing ini
“Abang, bagilah dia masuk pasukan anjing pengesan (K9), kasihan. Mungkin dia merajuk sebab sudah lama memohon mahu turut serta pasukan itu,” tulis para netizen.
Sumber: Kosmo