Ada sesiapa yang dapat janji temu dos penggalak vaksin COVID-19 ke-2? Mau tak tanjat kan…nak kena ambik dos penggalak ke-2 pulak ke? Boleh demam siap-siap ni…hehehe. Ha yang remaja pulak, ada yang dapat janji temu vaksin dos penggalak? Kot kalau ada ha abaikan je…yaaa sila abaikan. Tu cuma kesilapan teknikal kata MySejahtera. KKM pun dah jelaskan.
Ha ni penjelasan dia…takde pemberian dos penggalak untuk individu berusia 17 tahun ke bawah dan dos penggalak ke-2 untuk dewasa. KKM jugak tegaskan dasarnya buat masa ni ialah menyarankan dos penggalak hanya kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas. Clear tak? Jadi sekali lagi nak ingatkan, remaja yang dah lengkap vaksinasi boleh abaikan slot dos penggalak kat MySejahtera. Samalah juga individu dewasa yang dah dapat dos penggalak. Sila abaikan. Jadi tema kita hari ni 'sila abaikan'. Eh sembang punya sembang, ada yang belum ambik dos penggalak ke? Kalau yang dewasa ni belum, eloklah pi ambik.
Oleh: KJ
Sumber & gambar: AWANI, BERNAMA, KKM, MySejahtera, Sinar Harian, Berita Harian & internet