Abah Tidak Pernah Jemu Jemput Dan Hantar Anak Ke Tempat Kerja, Video Gadis Ini Buat Ramai Tersentuh

Kasih seorang ayah kepada anak-anaknya sangat lah besar. Seorang ayah pasti akan sanggup untuk melakukan apa sahaja yang dia mampu untuk menyenangkan kehidupan anak-anaknya.

Begitu jugalah yang terjadi di sebuah video yang viral baru-baru ini. Sebuah video yang dikongsi oleh seorang anak gadis menunjukkan video penghargaan buat ayahnya yang tidak jemu menjemput dan menghantarnya ke tempat kerja.

 

@opa.faaa

mata bengkak buat video ni. we love u abah 🤍

♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik - Reza Zulfikar

Apa yang membuatkan ramai tersentuh dengan video ini ialah, apabila melihat kesungguhan ayah ini yang tidak mengeluh atau penat menghantar dan menjemput anaknya ini walaupun hampir setiap hari tidak kira hujan atau panas. 

"Abah tak pernah mengeluh bab anak-anak, sentiada nak yang terbaik, sanggup ambil dan hantar kalau dia free dah la jauh," kata gadis ini.

Sumber: Tiktok @opa.faaa