“Abah minta maaf”- Pesanan Terakhir Pesakit COVID-19 Buat Keluarganya

“abah minta maaf”- pesanan terakhir pesakit covid-19 buat keluarganya

Seorang wanita Syafiqa Humairak, 32, telah berkongsi sesuatu yang menyayat hati akan bapanya. Terdahulu, bapanya merupakan salah seorang yang telah didapati positif COVID-19 dan juga seorang pesakit buah pinggang.

Wanita tersebut telah berkongsi akan catatan terakhir ayahnya buat mereka sekeluarga. Catatan itu telah ditulis oleh Ahmad Mohamad Talib, 58, pada kertas sebelum meninggal dunia.

“Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua”

Bagaimanapun, pihak hospital tidak membenarkan mereka sekeluarga untuk menyimpan kertas itu kerana dikhuatiri mempunyai virus COVID-19. Gambar kertas tersebut telah dikongsi Syafiqa melalui akaun Facebooknya.

Wanita itu turut berkata bahawa abahnya menulis nota tersebut sebelum dikomakan. Menurutnya juga, abahnya sudah tidak mampu bercakap tetapi mereka sempat menghubunginya dengan panggilan video sebelum dikomakan.

Terdahulu, semua ahli keluarga serta anak saudaranya yang berusia sebulan telah didapati positif virus COVIS-19. Bagaimanapun, Syafiqa Humairak bebas dari virus itu kerana dia tinggal di Pulau Pinang.

Hanya beliau sahaja yang dapat menghadiri ke majlis pengebumian abahnya. Beliau juga turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat mencium insan istimewa itu buat kali terakhir.

Sumber dan gambar: Harian Metro