Pelakon, Datuk Aaron Aziz berkongsi pada peminat bahawa hidupnya sunyi tanpa kehadiran isteri dan anak-anak.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon berusia 47 tahun itu berkata meskipun mempunyai kemewahan harta benda, namun semua itu tidak bermakna tanpa keluarga disisi.
“Hari ini saya bangun, saya rasa macam sedih. Tanpa keluarga dan anak-anak, hidup ini tidak bermakna walaupun kita ada rumah, kereta dan harta,” katanya.
Menurut beliau, isteri dan anak perempuannya, Dahlia Arissa tiada di rumah kerana mereka pulang ke kampung. Manakala anak sulungnya, Danish Anaqi pula berada di kem tentera sementara anak keduanya, Dwi Ariana kini berada di kolej.
“Inilah keadaan di rumah, walaupun besar tapi tanpa keluarga, semua ni tidak bermakna,” ujarnya.
Hantaran video berdurasi 54 saat itu menunjukkan Aaron cuba memanggil isteri dan anak-anak, namun panggilan itu hanya dibalas gema suara dalam rumah berkenaan.
Perkongsian pelakon asal Singapura itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkan hidup tanpa keluarga adalah satu perkara yang sedih dan sunyi.
Sumber: Instagram Aaron Aziz