“Kau Jawablah Di Padang Mahsyar Nanti,” – Aaron Aziz Balas Kenyataan Syamsul Yusof

Pelakon, Datuk Aaron Aziz, 47, membidas kenyataan yang dibuat pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengenai punca dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.

“kau jawablah di padang mahsyar nanti,” – aaron aziz balas kenyataan syamsul yusof

Aaron dalam satu hantaran video di Instagram berkata, Syamsul telah datang ke rumahnya sebanyak tiga kali bagi menawarkan dia untuk berlakon dalam filem KL Gangster 3.

 

"Bagaimanapun, filem KL Gangster 3 tak jadi dan dia menawarkan saya untuk berlakon filem The Original Gangster," katanya.

 

Syamsul pada mulanya memaklumkan kepada Aaron yang dia tidak akan terbabit dengan banyak babak pertarungan tetapi lebih banyak menggunakan pistol.

"Bagaimanapun, ketika sesi latihan, saya dimaklumkan akan terbabit dengan banyak babak pertarungan. Ia membabitkan dengan ramai pelakon lain termasuk bersama 20 orang. Akhirnya saya menjadi pelakon yang paling banyak terbabit dengan babak pertarungan berbanding pelakon lain.

"Pelakon lain cakap saya paling banyak (babak pertarungan) sebab saya pelakon utama," katanya.

 

 

Syamsul sebelum ini turut berkata berat badan Aaron yang meningkat turut menjadi punca kenapa namanya digugurkan daripada senarai pelakon filem itu. Bagaimanapun Aaron berkata beliau telah berusaha menurunkan beratnya dari 98kg kepada 90kg seperti dikehendaki pengarah itu.

 

Menurut Aaron, Syamsul ada memberinya gambar dan dia mahu Aaron mendapatkan bentuk badan seperti dalam gambar itu. Syamsul turut menyarankan Aaron untuk mengambil suntikan jika dia mahu bentuk badan seperti itu.

 

"Syamsul kata pergi ambil (suntikan). Saya ikut seperti yang dimahukan walaupun ia (mengambil suntikan) bukanlah mudah," katanya yang turut menunjukkan alat suntikan yang digunakan.

"Allah yang menjadi saksi semua itu, kau (Syamsul) jawablah di Padang Mahsyar nanti," katanya.

 

Dalam satu sidang media yang dijalankan, Syamsul menjelaskan sebab Aaron digugurkan daripada belakon filem terbaharu arahannya kerana Aaron mengalami masalah kesihatan dan juga berat badannya meningkat.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 

Sumber: Instagram Aaron Aziz