‘Sekiranya Diberi Lampu Hijau, Ada Lah Jodoh Kami’ - A. Aida Tunggu Restu Ibu Wak Doyok

Khabar angin yang mengatakan Wak Doyok dan Datuk A. Aida mempunyai hubungan istimewa akhirnya terbongkar apabila Datuk A.Aida sendiri yang memberitahu bahawa mereka merupakan BFF sahaja (kawan baik). 

Menerusi laporan Kosmo, kriteria yang ada pada A.Aida yang prihatin, penyayang, kelakar, berkerjaya serta pandai bergaya telah mendekatkan mereka sejak beberapa bulan lalu.

“Hakikatnya kami memang sudah kenal bertahun-tahun, cuma beberapa bulan lalu persahabatan ini menjadi semakin rapat sampai boleh dikatakan sudah ke tahap BFF.

“Dia seorang yang sangat caring dan penyayang. Kami boleh serasi kerana dia punya ‘sense of humor’ serta sangat mementingkan penampilan diri sama seperti saya.

“Kami tahu ramai tertanya-tanya (sejauh mana hubungan), tapi apa yang boleh saya cakap doakan kami saja. Kalau ada jodoh, adalah,” katanya lagi. 

Tambahan lagi, anak-anak A.Aida juga sentiasa berpesan supaya mencari lelaki berkerjaya sebagai pasangan.

A. Aida juga mengaku bahawa dia bukan tererburu-buru nak menamatkan status solo, sebaliknya dia mahu ditemani seseorang mula dirasai selepas tiga tahun sendirian.

“Saya pernah pernah serik untuk membuka pintu ke alam perkahwinan semula selepas melalui beberapa kali fasa kehancuran rumah tangga, tetapi rasa fobia itu kini semakin menghilang,” katanya.

Pada masa sama, dia juga tahu dengan kenyataan ibu Wak Doyok sebelum ini yang menyatakan keberatannya untuk menerima menantu berstatus janda.

“Memang saya tahu mengenai perkara tersebut. Sebab itu saya cuma mampu katakan biarlah semuanya saya serahkan soal kepada jodoh.

“Sekiranya ibu Wak Doyok memberikan lampu hijau, ada lah jodoh kami. Cuma saya pun masih belum bertemu dengan ibunya buat masa ini,” tambahnya lagi.

 

Sumber: Kosmo