Perak Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini telah mengeluarkan amaran cuaca panas di empat kawasan di Semenanjung.

Menurut laporan, terdapat dua kawasan di Perak mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Larut Matang dan Kuala Kangsar.

Manakala selain Perak, terdapat dua kawasan lain mencatatkan suhu panas Tahap 1 iaitu di Kuala Kerai, Kelantan dan Rompin, Pahang.

"Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut”, tulis laporan. 

Sumber: Awani