‘Mungkin Satu Hari Kalau Ditakdirkan Bersama, Insya-Allah’ - Harith Iskander

Pelawak Harith Iskander akui perceraian yang berlaku adalah langkah terakhir selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya dengan bekas isteri, Dr. Jezamine Lim.

“Sudah lama kami berusaha untuk selamatkan rumah tangga ini, bukan dari pihak saya sahaja tetapi Jezamine juga.

“Kami sudah lakukan pelbagai usaha tetapi perpisahan adalah langkah yang seterusnya,” katanya. 

Dalam pada itu, Harith berkata dia dan Jezamine akan kekal sebagai sahabat demi anak-anak. 

Apabila ditanya  jika wujud peluang untuk mereka kembali bersama, Harith tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi sebaliknya menyerahkan kepada Tuhan. 

“Itu semua di tangan Allah, tiada siapa yang boleh kata segalanya akan terjadi esok.

“Masa sebelum kahwin pun saya tak pernah tahu esok akan kahwin.

“Mungkin satu hari kalau ditakdirkan bersama, insya-Allah,” ujarnya lagi.

Sumber: Kosmo