Taiwan Mesra Muslim: Keindahan Alam Dan Budaya Di Kaohsiung Dan Taitung

Pada bulan Julai 2024, SYOK telah sertai lawatan media selama 6 hari 5 malam ke Kaohsiung dan Taitung, Taiwan. Lawatan ini dianjurkan oleh Taiwan Tourism Malaysia dengan kerjasama Hexa-Comms. Tujuan lawatan ini adalah untuk mempromosikan Taiwan sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim, sejajar dengan usaha negara tersebut yang berjaya mengekalkan tempat kedua di dunia dalam Indeks Pelancongan Muslim Global MasterCard-CrescentRating 2022. 

Selama lawatan, kami berpeluang menyaksikan sendiri keindahan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Taiwan, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara tersebut sebagai destinasi pilihan pelancong Muslim. Jom ikuti pengalaman menarik SYOK di sana!

 

Kaohsiung Love River

taiwan mesra muslim: keindahan alam dan budaya di kaohsiung dan taitung

Apa yang menarik di Kaohsiung Love River? Ianya adalah sebuah sungai yang berada di tengah bandar Kaohsiung, Taiwan. Sungai ini terkenal untuk pemandangannya yang romantik serta landmark di bandar Kaohsiung contohnya Kaohsiung Music Centre, Kaohsiung Port Cruise Terminal serta Great Harbor Bridge.


TIPS SYOK : Datang ke sini pada waktu petang untuk dapatkan gambar matahari terbenam terbaik. 

 

Masjid Kaohsiung 

taiwan mesra muslim: keindahan alam dan budaya di kaohsiung dan taitung

Masjid Kaohsiung, yang terletak di Lingya District, Kaohsiung ini merupakan masjid yang ke-dua dibina di Taiwan selepas Taipei Grand Mosque. Kemudahan yang ada di masjid tiga tingkat ini serba lengkap dengan bilik untuk kelas, bilik wudhu dan ruang untuk orang muda membuat aktiviti. Masjid ini juga menyediakan ruang untuk Solat Jumaat bagi orang muslim di sekitar Kaohsiung. 

TIPS SYOK : Jangan terkejut apabila ada masuk ke masjid dan tidak nampak ruang solat, ruang solatnya berada di tingkat 2!

 

Kaohsiung Halal Beef Restaurant

taiwan mesra muslim: keindahan alam dan budaya di kaohsiung dan taitung

Restoran ini menyediakan makanan-makanan halal yang sangat sedap. Lebih menarik lagi, restoran ini terletak hanya beberapa meter dari Masjid Kaohsiung. Antara menu yang dihidangkan disini adalah Fried Kangkung (Water Spinach) With Beef, Sup Tulang dan macam-macam lagi. Restoran ini juga mempunyai sijil Halal yang diendorskan oleh The Chinese Muslim Association. 

TIPS SYOK : Pastikan ada bawa teman yang pandai berbahasa cina untuk tahu apa untuk order!

 

Breezy Blue Railway 

taiwan mesra muslim: keindahan alam dan budaya di kaohsiung dan taitung

SYOK berkesempatan untuk menaiki kereta api ‘retro’ dari Stesen Fangliao ke Stesen Taitung. Walaupun kereta api ini tidak mempunyai kemudahan penghawa dingin, pemandangan gunung-ganang serta lautan sepanjang perjalanan ini bakal menyejukkan anda! 

Sepanjang perjalanan, anda akan dihidangkan dengan appetizer buah-buahan serta makanan ‘vegetarian’ halal yang disediakan. 

TIPS SYOK : Duduk di sebelah kanan kereta api untuk dapatkan pemandangan pantai terbaik!

 

Taiwan International Balloon Festival 2024

taiwan mesra muslim: keindahan alam dan budaya di kaohsiung dan taitung

Taiwan International Balloon Festival merupakan salah satu festival yang paling dinanti-nantikan pada musim panas di Taiwan. Pada tahun 2018, salah sebuah stesen TV ternama menamakan Festival Belon di Taiwan antara festival terbaik di dunia. 

Banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat disini contohnya, menaiki ‘hot air balloon’ , kunjungi gerai-gerai yang disediakan, dan juga berehat dikelilingi kehijauan. Festival ini akan berlangsung setiap tahun di tempat yang berlainan. 

TIPS SYOK : Pastikan anda charge telefon/kamera anda kerana di sini tidak mempunyai charger!

 

Sang-Shu River Tracing Experience

taiwan mesra muslim: keindahan alam dan budaya di kaohsiung dan taitung

Sekiranya anda merupakan salah seorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti lasak, inilah tempatnya. Di sini, pengunjung dapat melakukan ‘river tracing’ di mana ianya adalah satu sukan yang menggabungkan mendaki, memanjat dan juga berenang. Kesemua kelengkapan seperti swimming suit, helmet dan jaket keselamatan akan disediakan.  

TIPS SYOK: Pastikan korang bawa cover telefon kalis air untuk dapatkan gambar terbaik sepanjang menjalankan aktiviti disini!

 

Jhibben National Forest Recreation Area

taiwan mesra muslim: keindahan alam dan budaya di kaohsiung dan taitung

Satu lagi tempat yang menarik adalah Jhibben National Forest Recreation Area. Kawasan rekreasi ini menampilkan hutan monsun tropika pada ketinggian 125 hingga 550 meter, di mana dahulu aktiviti perhutanan dilakukan secara kecil-kecilan. 

Oleh itu, terdapat hutan buatan manusia dengan spesies pokok tropika seperti Mahogany dan Jati, yang jarang ditemui di Taiwan, boleh didapati di sini.

TIPS SYOK: SYOK sarankan korang untuk datang ke sini pada musim sejuk untuk rasai pengalaman yang terbaik!

 

Lebih menarik, pengalaman SYOK kali ini dimeriahkan lagi dengan 17 ‘content creator’ serta artis yang turut serta dalam percutian ini. Antara yang turut serta adalah pelakon, Salina Saibi, Farhan Mazlan, pengasas Sterk Production serta Syameer Azmi, penyanyi. 

Setiap orang yang turut serta dalam pengembaraan ini dapat menyaksikan keindahan, menghargai budaya serta menikmati makanan yang lazat dan sudah tentunya halal bagi pelancong Muslim di Taiwan!