Semua tau yang kita dah boleh daftarkan tanggungan kita sebagai penerima vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera.
Boleh je nak daftar secara manual kat klinik atau hospital tapi apa salahnya kita tolong ahli keluarga atau orang terdekat terutamanya ibu ayah, atuk dan nenek untuk mendaftar kan.
Sekurang-kurangnya tak payah la atuk dan nenek susah payah nak pegi klinik, biar mereka rehat je kat rumah.
Kalau nak tau, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor kenal pasti kira-kira 90% warga emas di negeri itu belum daftar sebagai penerima vaksin!
Antara sebabnya, mereka tak tau nak daftar guna MySejahtera dan laman web, ditambah pulak dengan akses internet yang tak berapa baik.
Alaaaa kesiannya, yelaa kalau nak pegi daftar kat klinik atau hospital, ada yang tak larat nak pregi ke sana kan.
Tugas kita yang ada gajet mahal-mahal, celik IT ni adalah untuk bantu atuk dan nenek daftar sebagai penerima vaksin memandangkan Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19
Kebangsaan yang melibatkan warga emas akan bermula bulan depan.
Cepat daftar tau, jangan ada yang tercicir pulak nanti.
Oleh: Izzati Amir