Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lapan negeri bermula 5 Mac ini sehingga 18 Mac depan.
Lapan negeri yang dikenakan PKPB adalah Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Kelantan.
![lapan negeri laksana pkpb, rentas negeri masih dilarang](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/evdtx2hveae7b9j.jpg)
Manakala negeri Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, Putrajaya dan Labuan pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada tarikh dan tempoh yang sama.
![lapan negeri laksana pkpb, rentas negeri masih dilarang](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/evdvpnfviaaanc3.jpg)
Bagaimanapun, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan, sebaliknya pergerakan rentas daerah di dalam negeri dibolehkan kecuali bagi negeri Sabah.
![lapan negeri laksana pkpb, rentas negeri masih dilarang](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/evdxyxvuuawplnj.jpg)
Sumber: MKN