Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengeluarkan senarai tujuh jenama kenderaan yang terlibat dalam masalah yang melibatkan beg udara Takata. Antaranya, Mitsubishi, Subaru, BMW, Honda, Nissan, Toyota dan juga Mazda.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi Facebook JPJ.
Kongsikan info ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda yang menggunakan jenama model kereta di atas. Pastikan mereka ke pusat servis bagi menukar beg udara takata yang selamat untuk digunakan.