7.6 Juta Pemohon Dan Pun Terima Bantuan Prihatin Nasional

7.6 juta pemohon dan pun terima bantuan prihatin nasional

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan bahawa seramai 7.6 juta pemohon BPN telah pun menerima bayaran bagi fasa kedua. Jumlah keseluruhan yang dibayar setakat 17 Mei adalah sebanya RM3.41 bilion.

Pembayaran tersebut juga mewakili 93 peratus daripada peruntukan yang telah didanakan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa Kementerian Kewangan akan teru menyelesaikan baki pembayaran kepada penerima-penerima bantuan dalam kadar segera.

"Susulan perlanjutan tempoh rayuan minggu lalu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sedang giat memproses rayuan yang sedang diterima dan memberi pertimbangan wajar.

"Pemohon diingatkan supaya mengemukakan rayuan dengan kadar segera sebelum tarikh tutup rayuan yang telah dipanjangkan sehingga 31 Mei ini," katanya.

Tengku Tan Sri Zafrul telah membentang laporan keenam pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melalui akaun Facebook rasminya yang keenam baru-baru ini.
 

 

ARTIKEL BERKAITAN