67 Lagi Kes Positif Baharu Dilaporkan, 96 Kes Sembuh Dan Tiada Rekod Kematian

67 lagi kes positif baharu dilaporkan, 96 kes sembuh dan tiada rekod kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini status COVID-19 di negara ini. Setakat jam 12 tengah hari, jumlah kes positif harian masih berada di bawah 100 angka.

Bagi kes positif, terdapat 67 kes baharu dilaporkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 6,656 kes. Bagi kes sembuh pula, 96 kes telah berjaya diselesaikan. Secara kumulatifnya, jumlah kes sembuh adalah sebanyak 5,025 kes.

Selain itu, sehingga hari ini terdapat 1,523 kes yang masih aktif dan dirawat di hospital. 18 kes daripadanya ditempat di ICU dan 6 daripada kes ICU diberi bantuan alat pernafasan.

Dalam perkembangan yang lain, jumlah kematian terus kekal pada angka 108 kes apabila tiada kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Sumber: KKM

ARTIKEL BERKAITAN