Kredit: Fried Chillies & Vlock, Edit: SYOK
Klang dikenali dengan ikan bakar dan seafoodnya, Subang Jaya merupakan ‘taman permainan’ pelajar kolej, manakala Taman Melawati dengan Bukit Taburnya yang menjadi tumpuan pendaki. Setiap bandar ada keunikan dan ikonnya yang tersendiri.
Dan kali ni, kitorang nak highlight sebuah bandar dengan poskod 53300 – Wangsa Maju! Siapa yang tinggal di Wangsa Maju atau pernah tinggal di bandar ni, mungkin korang boleh relate dengan enam benda ni:
#1 Makan burger bertingkat-tingkat
Kredit: Kaw-Kaw Burger
Korang bukan warga Wangsa Maju sejati kalau tak pernah cuba burger ni sekurang-kurangnya sekali.
#2 Dikelilingi ramai pelajar
Kredit: Fried Chillies
Kawasan Desa Setapak merupakan port pelajar-pelajar TARC, lebih-lebih lagi kalau korang selalu lepak di restoran mamak, BRJ Bistro Corner. Budak-budak UIA pun rajin turun sini kalau nak makan-makan.
#3 Desa Setapak vs. Wangsa
Kredit: Lelong.my
Kalau nak tau seseorang tu penduduk lama atau baru, senang je. Orang baru akan panggil Desa Setapak sebagai Wangsa. Orang lama pulak still panggil tempat ni Desa Setapak.
#4 Semua orang beli fon dari kedai yang sama
Kredit: M Mobile
Siapa yang dah lama duduk Wangsa Maju, mesti korang tau ada satu kedai fon di Desa Setapak ni (yang wujud sejak 10 tahun lalu). Semua orang Wangsa Maju beli fon dari ni!
#5 Ada member yang tinggal di flat Wangsa Maju Seksyen 2
Kredit: PropSocial
Korang mungkin kenal dengan seseorang yang tinggal atau pernah tinggal di flat Wangsa Maju Seksyen 2 yang femes.
#6 Wangsa Walk merupakan port lepak yang baru
Kredit: Wangsa Walk
Dulu-dulu selalu lepak di BRJ atau mall-mall lain. Sekarang ni nak apa-apa pergi Wangsa Walk je. Senang, semua ada! Nak shopping, nak kopi, nak dating; semua datang sini! Nak beli barang dapur pun senang, sebab ada Tesco di sini!
Cawangan Tesco yang ke-60 yang berkeluasan 2,000 kaki persegi ni merupakan cawangan pertama yang dikendalikan oleh orang Malaysia sepenuhnya. Siapa yang rajin beli barang dapur tu, harga bagi ayam halal di sini kekal dengan harga RM5.99 (sejak Ogos 2016), dan udang pula kekal dengan harga RM19.99/kg (sejak Mac 2019).
Kredit: Tesco
Di cawangan ni juga, korang boleh gunakan app Scan & Shop dan kaunter bayaran layan-diri cashless yang ada di sini. Tesco Wangsa Walk merupakan cawangan pertama menempatkan kaunter bayaran layan-diri yang cashless sepenuhnya! Wow, untunglah orang Wangsa!
Dengan app ni korang boleh scan produk-produk yang korang nak beli dan track jumlah barangan yang dibeli, so senang korang nak bajet. Lepas tu pergi ke kaunter layan-diri, bagi barcode yang ada dan buat pembayaran. Settle!
Selain pembayaran kad kredit dan debit, kaunter ni turut menerima tujuh pengendali e-wallet, iaitu AliPay, Boost, GoodKredit, Kiple, Mcash, TnG Digital dan Vcash.
Kemudahan ni juga ada di Tesco Kepong dan Tesco Extra Ampang, dan akan dilaksanakan juga di cawangan-cawangan Tesco yang lain pada masa akan datang.
Selain Tesco, apa port lepak kegemaran korang di Wangsa Maju? Kasi share sikit.