592 Jenis Varian Dikesan Di Sarawak, Kembali Catat Peningkatan Mendadak Akibat Delta

Kadar pengesanan keseluruhan kes positif COVID-19 varian Delta di Sarawak dilaporkan meningkat secara mendadak melebihi 73% dari 50% setakat 3 Ogos 2021.

592 jenis varian dikesan di sarawak, kembali catat peningkatan mendadak akibat delta

Menurut Pengarah Institut Kemahiran dan Perubahan Komuniti (IHCM) Prof Dr David Perera, di bahagian Kuching sahaja, kadar pengesanannya telah mencapai 90%.

“Varian Delta juga dikesan di beberapa daerah lain di Bay, Lundu, Kota Samataran, Simunja, Miri, dan Bintulu. Sementara enam kes varian Delta dikesan di Sibu,” jelasnya.

Sebagai rekod, setakat 10 Ogos lalu, secara keseluruhan 592 Variant of Concern (VOC) dan Varian of Interest (VOI) telah dikenalpasti di Sarawak.

“Daripada jumlah tersebut 248 kes adalah varian Delta, dan 338 VOI serta satu kes Indonesian VOI yang dikesan di Bintulu,” tambahnya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam melaporkan 43 kes COVID-19 baharu membabitkan varian Delta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 467 kes.

Kes varian Delta pertama kali dikesan di Sarawak pada 18 Jun menerusi satu kajian penyelidikan Institut Kemahiran dan Perubahan Komuniti (IHCM) UNIMAS.

Kes tersebut melibatkan seorang lelaki berusia 58 tahun dari Kuching, dan dikategorikan sebagai kes import B yang berasal dari negeri lain dalam negara.

 

Sumber: [1]