Imej: Freepik/ pressfoto
1. Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang pandai bersilat?
Jawapan: Hang Tuah
2. Dalam banyak-banyak sate, sate jenis apa paling panas?
Jawapan: Saterika
3. Gajah terbang dengan apa?
Jawapan: Gajah terbang dengan bersusah payah
4. Ada dua orang bapak dan dua orang anak, mereka pergi ke hutan untuk memburu kancil, malangnya mereka hanya dapat tiga ekor, tetapi waktu kembali ke rumah, masing-masing membawa pulangg satu ekor. Macam mana boleh jadi begitu
Jawapan: Yang pergi berburu itu hanya tiga orang, seorang datuk, seorang anak dan seorang ayah, bukannya 4 orang.
5. Macammana nak tahu bahagian belakang atau depan sebatang pokok?
Jawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di belakang pokok.
6. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
7. Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin itu akan basah lah.
8. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
9. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
10. Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar. (berdasarkan pantun melayu)
11. Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
12. Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila aku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
13. Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah, kemudian 270 darjah ke kiri. Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?
Jawapan: Ke bawah! Ia masih menghadap ke bawah dan memakan rumput.
14. Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Jawapan: Speedometer bas lah
15. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
16. Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
17. Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam, siapa takut!
18. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam, dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
19. Kenapa di tepi rel kereta api ditaruh batu kerikil?
Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
20. Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
21. Kalau ditutup dia akan mengintai, tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
22. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Jawapan: Tapak kaki kita lah.
23. Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau, sedangkan profesor memikir untuk masa depan.
24. Apakah benar kita bakal malang jika jumpa dengan kucing hitam?
Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda sama ada anda manusia atau tikus!
25. Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
26. Apakah yang berada diantara langit dan bumi.
Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"
27. Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
28. Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?
Jawapan: Gelaran Dato. Bila si suami mendapat gelaran Dato, si isteri akan dapat gelaran Datin. Tetapi bila isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
29. Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Jawapan: Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
30. Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada.
31. Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
32. Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan: Batang hidung
33. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je.
34. Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isterinya ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
35. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan.
36. Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya yang mati. Kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar. Mati lah orang tu.
37. Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun ke dalam tasik. Lalu aku mandi. Setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
38. Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya di kepala, bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Jawapan: Kutu ler. Sebab memang duduk kat kepala orang!
39. Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
40. Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
41. Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
42. Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis
43. 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah. Namun, 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
44. Binatang apakah yang paling kaya di dunia?
Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
45. Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan Inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
46. Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam
47. Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh di angkat?
Jawapan: Kotak penalti
48. Bom apa yang boleh menyelamat orang dan tidak pernah meletup?
Jawapan: Bomba
49. Bila kita jalan ataupun berhenti, dia tetap jalan. Tapi bila dia berhenti, kita akan mati.
Jawapan: Jantung
50. Tempat ini memberi makanan, minimum dan tempat tidur secara percuma. Tetapi tiada sesiapa pun yang suka tinggal di sini. Manakah tempat ini?
Jawapan: Penjara