5 Tradisi Hari Raya Yang Kian Hilang Ditelan Zaman

Seiring dengan perubahan zaman yang kian maju dengan kewujudan dan inovasi pelbagai teknologi yang serba canggih, pasti saja ia bermaksud bahawa berlakunya perubahan dalam suasana menyambut sesuatu perayaan juga.

Ia termasuklah Hari Raya Aidilfitiri, perayaan yang sering dinanti-nantikan kebanyakan umat Islam saban tahun.

Bersempena dengan bulan Syawal yang masih berlangsung ini, SYOK ingin berkongsi dengan ada lima tradisi yang kerap dilakukan ketika hari raya pada zaman dahulu, lagi-lagi sekitar antara 70an hingga 90an, yang kian hilang ditelan zaman.

Buat Kuih Raya Sendiri

5 tradisi hari raya yang kian hilang ditelan zaman

Berbeza dengan zaman moden yang mana kebanyakan orang lebih gemar membeli kuih raya kerana menjimatkan masa dan mudah didapati, orang zaman dahulu akan membikin kuih raya sendiri.

Ketika itu kaum ibu akan dibantu oleh anak-anak perempuan mereka di dapur untuk membuat manisan wajib itu bersempena Syawal!

Lebih meriah, ada kalanya ada juga komuniti jiran tetangga yang berkumpul beramai-ramai sambil bertungkus-lumus menyiapkan kuih raya masing-masing.

Geng Anak Kecil Yang Mengelilingi Kampung

5 tradisi hari raya yang kian hilang ditelan zaman

Setiap kali tibanya Syawal, pasti satu keluarga besar bakal menjadi lengkap kembali, yang mana kesemua ahli keluarga yang tinggal nun jauh, dan juga dari bandar akan pulang untuk berkumpul.

Di sinilah juga suasana kampung akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak kecil yang akan berkumpul, dan bermain pelbagai permainan tradisional lazimnya, seperti galah panjang, kejar-kejar, dan macam-macam lagi!

5 tradisi hari raya yang kian hilang ditelan zaman

Yang pasti, menjelang Syawal pertama, pasti kumpulan cilik ini jugalah yang akan berjalan mengelilingi kampung bagi mencari duit raya dari rumah ke rumah. Biarpun tradisi ini masih lagi wujud, namun tidak dinafikan bahawa kanak-kanak pada zaman ini lebih cenderung untuk melekatkan mata mereka pada gajet berbanding dengan berinteraksi sesama sendiri di dunia nyata.

Kad Raya

5 tradisi hari raya yang kian hilang ditelan zaman

Masih ingatkah anda pada koleksi kad raya? Zaman dahulu, apabila tiba sahaja bulan puasa, pastinya banyak kedai sudah mula menjual stok kad raya mereka. Tidak sahaja berwarna-warni dan mempunyai pelbagai corak serta dipenuhi ucapan hari raya, bahkan pada waktu itu ada juga kad raya yang mempunyai muzik apabila anda membukanya!

Tradisi menghantar dan berbalas kad raya merupakan sesuatu yang amat popular pada zaman dahulu. Bayangkan, saban tahan, pasti golongan posmen sibuk menghantar jutaan kad raya setiap kali Syawal hampir menjelang tiba.

Malam Pelita Tujuh Likur

5 tradisi hari raya yang kian hilang ditelan zaman

Masyarakat Melayu pada zaman dahulu menggelar pesta malam tujuh likur yang mana pelita minyak tanah atau pelita panjut dipasang di sekeliling kawasan rumah masing-masing. Berbeza dengan pelita moden yang sering dijual kini, pelita pada zaman dahulu dibuat sendiri dengan menggunakan bekas tin susu atau buluh tau!

Sering kali, setiap kali tibanya penghujung puasa atau 10 malam terakhir dalam Ramadan, orang ramai akan mula berpusu-pusu mencari buluh untuk memasang pelita panjut. Apabila ia dinyalakan di sekitar semulanya, mulalah muncul anak-anak kecil yang rancak bermain bunga api dan mercun di kawasan perkarangan rumah.

Pengumuman Raya

Sekiranya zaman sekarang kita dapat memperoleh maklumat mengenai tarikh Hari Raya hanya dengan melayari media sosial, lain pula dengan zaman dahulu yang mana, setiap kali tibanya pengumuman raya pasti semua akan berkumpul di hadapan televisyen! Sebaik sahaja tarikh Hari Raya diisytiharkan, pasti semua akan bersorak gembira meraikan kejayaan menghabiskan puasa selama sebulan lamanya.

 

Sumber: [1]