4 PPV Mega Untuk Dos Penggalak Dibuka

Jangan lupa semak MySejahtera korang untuk temujanji dos penggalak tau!

 

Buat masa sekarang dah takde walk in dah, sebab tu kena semak MySejahtera atau SMS.

 

Bermula esok, 4 PPV Mega di Lembah Klang akan dibuka.

4 ppv mega untuk dos penggalak dibuka

Dekat WTCKL je 9,000 dos vaksin Astrazeneca disediakan untuk penerima setiap hari.

SOP dan langkah keselamatan masih sama iaitu sentiasa pakai pelitup muka, pastikan jaga jarak antara satu sama lain dan bawa pen sendiri untuk isi borang kebenaran nanti.

Elakkan kongsi pen dengan orang lain sebab risiko jangkitan ada di mana-mana.

Kiranya dah boleh throwback la masa korang ambik 2 dos vaksin sebelum ni.4 ppv mega untuk dos penggalak dibuka

Selain pematuhan SOP, vaksin sebahagian daripada usaha kita untuk kawal penularan Covid-19.

Tambah-tambah pulak dengan wujudnya varian baru contohnya, Omicron.

Selebihnya kita terus berdoa agar pandemik Covid-19 ni cepat-cepat berakhir.

 

Oleh: Izzati Amir