Empat Penunggang Motosikal Jatuh Tergelincir Akibat Tumpahan Diesel Di Atas Jalan

Viral baru-baru ini, seorang pengunna Facebook yang berkongsi sebuah rakaman kamera litar tutup (CCTV) yang menunjukkan empat penunggang motosikal jatuh secara berturut-turut di tempat yang sama. 

Kejadian ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan dipercayai berlaku berpunca daripada tumpahan minyak diesel di atas jalan tersebut. 

Menerusi rakaman itu, kesemua mangsa yang terlibat, gagal mengawal motosikal mereka dan  jatuh di atas jalan. Susulan insiden ini seorang wanita juga turut tercedera selepas motosikal yang ditunggang tergelincir di atas jalan.

Selapa beberapa minit, kelihatan beberapa ambulans telah datang untuk membawa mangsa-mangsa ke hospital. 

Menurut laporan Kosmo, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafei memaklumkan, mangsa wanita yang mengalami kecederaan serius telah dihantar ke hospital manakala dua lagi mangsa hanya mengalami cedera ringan.

Pihak bomba juga telah bergegas ke tempat kejadian dan membersihkan serta menghilangkan kesan tumpahan diesel di atas jalan tersebut. 

Sumber: Kosmo, Facebook @Yu KH