4 Lagi Kes Varian B.1.351 Dikesan, Malaysia Panjangkan Tempoh Kuarantin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat (4) lagi kes tempatan COVID-19 yang dijangkiti dengan varian Afrika Selatan atau B.1.351.

4 lagi kes varian b.1.351 dikesan, malaysia panjangkan tempoh kuarantin

Daripada 4 kes itu, 3 dilaporkan di Kuala Langat dan 1 kes lagi di Hospital Tuanku Jaafar Serempat iaitu kes pertama yang dikesan diluar Selangor.

4 lagi kes varian b.1.351 dikesan, malaysia panjangkan tempoh kuarantin

Pengesanan ini dibuat oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 15 hingga 23 April, menjadikan 21 kes dengan varian itu dikesan sejak Januari.

 

Ekoran daripada itu, Malaysia akan memanjangkan tempoh kuarantin pengembara yang pulang ke Malaysia daripada 10 hari kepada 14 hari, bertujuan mengelakkan penularan varian baharu virus COVID-19.

4 lagi kes varian b.1.351 dikesan, malaysia panjangkan tempoh kuarantin

Tambah lagi, pengembara juga perlu melakukan ujian swab tiga hari sebelum berlepas.

 

Peraturan baharu ini melibatkan pengembara yang pulang dari negara-negara yang melaporkan penularan Variant Yang Membimbangkan (VOC). Tiga VOC ialah B.1.351 yang mula dilaporkan di Afrika Selatan, B.1.1.7 dari United Kingdom; dan B.1.1.28 atau P1 dari Brazil dan Jepun.

 

Sumber: KKM