37% Rakyat Malaysia Sanggup Kongsi Pin Akaun Bank Dengan Kawan Rapat

Nombor pin akaun bank adalah salah satu maklumat sulit yang perlu kita simpan sendirian dan tidak berkongsi dengan sesiapa, termasuklah kawan rapat yang kita percaya.

37% rakyat malaysia sanggup kongsi pin akaun bank dengan kawan rapat

Menurut kajian, sebanyak 37% dari rakyat Malaysia didapati berani berkongsi kata laluan dan nombor PIN akaun bank mereka kepada kawan rapat.

 

Pendedahan itu dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Segi Permintaan bagi Tahun 2021.

37% rakyat malaysia sanggup kongsi pin akaun bank dengan kawan rapat

Menurut laporan itu, lebih satu pertiga daripada responden berkongsi kata laluan serta nombor PIN akaun bank mereka kepada kawan rapat, seterusnya mendedahkan pengguna kepada risiko penipuan dalam talian, termasuk diperalatkan sebagai ‘akaun keldai’ bagi memudahkan kegiatan penipuan.

 

Dalam kajian sama, tahap celik kewangan digital rakyat Malaysia juga masih ditahap rendah dan membimbangkan, termasuklah 62% responden tidak mengendahkan keselamatan laman sesawang bank yang dilayari untuk membuat transaksi perbankan dalam talian.

 

Sikap ini juga boleh menyebabkan mereka terperdaya untuk memberikan maklumat perbankan seperti nama pengguna atau kata laluan perbankan Internet serta maklumat kad kredit menerusi laman sesawang palsu.

 

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya dalam perbankan atas talian untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

 

Jangan kongsi maklumat perbankan dengan sesiapa dan sentiasa berwaspada semasa menguruskan kewangan secara dalam talian. Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan siber, segera hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997 atau hubungi bank anda untuk membuat laporan.

37% rakyat malaysia sanggup kongsi pin akaun bank dengan kawan rapat

Sumber: BNM / Kaji Selidik FCI 2021