37 Lagi Kluster Baru, Kluster Tempat Kerja Masih Tertinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 37 lagi kluster baru COVID-19 dikesan, dimana kluster tempat kerja masih merupakan kluster tertinggi iaitu sebanyak 21 kluster.

 

Selebihnya adalah 12 kluster komuniti, 3 kluster kumpulan berisiko dan satu kluster pusat tahanan dikenalpasti KKM pada 5 September 2021.

 

 

Dalam pada itu, sebanyak 20,396 kes harian baru dikesan KKM, dimana;

  • 13,519 kes (66.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin atau telah menerima dua (2) dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua; manakala
  • 6,877 kes (33.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Daripada 322 kes kategori 3 hingga kategori 5, sebanyak 240 kes (74.5 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) daripada mereka yang telah lengkap di vaksinasi. Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk.

 

Perincian status terkini kes COVID-19 di Malaysia setakat 5 September adalah seperti yang berikut:

  • Kes sembuh : 20,573 kes (1,570,827 kes kumulatif, 85.1%);
  • Kes baharu : 20,396 kes (1,844,835 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (6 warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,388 kes [17,858 warganegara (87.6%);  2,530 bukan warganegara (12.4%)];
  • Kes aktif : 255,789 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,338 kes (959 kes disahkan COVID-19 ; 379 kes suspectedprobable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 735 kes (436 kes disahkan COVID-19 ; 299 kes suspectedprobable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes kematian : 336 kes [18,219 kes kumulatif, 0.99%; 274 warganegara, 62 bukan warganegara; 107 kes BID (67 warganegara; 40 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,891 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 37 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,434 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,457 kluster.

 

Sumber: KKM