30% Pemandu Bas Sekolah Berhenti Kerja Kerana Covid-19!

kehidupan pemandu amat terjejas sepanjang pkp - persekutuan persatuan persatuan bas sekolah malaysia (pppbsm)

Persekutuan Persatuan Persatuan Bas sekolah Malaysia (PPPBSM)  berterima kasih kepada kerajaan di atas keperihatinan terhadap golongan itu dalam tempoh sukar ketika ini. 

Presidennya, Amali Munif Rahmat berkata, bantuan diberikan mampu mengurangkan sedikit beban memandangkan sesi persekolahan secara bersemuka masih ditangguhkan. 

"Pengusaha bas sekolah telah mengeluarkan perbelanjaan beribu ringgit sebagai persediaan untuk memulakan operasi untuk sesi persekolahan yang sepatutnya mula hari ini. Tetapi oleh kerana PKP 2.0 dilaksanakan segala wang yang dikeluarkan oleh mereka terpaksa ditanggung sendiri" katanya kepada Berita Radio Astro.

kehidupan pemandu amat terjejas sepanjang pkp - persekutuan persatuan persatuan bas sekolah malaysia (pppbsm)

Gambar: Amali Munif, presiden PPPBSM

Menurut Amali, bantuan ini amat membantu ahli ahli persatuannya, walaubagaimanapun beliau akui bahawa impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan PKP 2.0 masih dirasai.

Katanya ada juga pemandu yang berhenti memandu bas dan mula kerja di tempat lain.

''Bagi menampung kehidupan sementara sekolah bermula operasi secara bersemuka, para pemandu dan pengusaha bas sekolah melakukan pelbagai kerja antara manjadi penghantar barangan dan makanan.''

''Ada yang menjual makanan secara online, ada yang membuka kedai, ada yang membuat pekerjaan lain. Hampir 30 % pemandu dan pengusaha bas sekolah telah menghentikan operasi kerana tidak lagi mempunyai pendapatan untuk menyara hidup.''

Amali berkata bahawa sekiranya sesi persekolahan secara semuka masih ditangguhkan melebihi dua bulan, pihakya akan menghadapi kemelut ekonomi yang agak teruk.

Bagi mengelak perkara ini berlaku PPPBSM telah mengemukakan beberapa permintaan kepada kerajaan.

kehidupan pemandu amat terjejas sepanjang pkp - persekutuan persatuan persatuan bas sekolah malaysia (pppbsm)

Salah satunya memberi kelonggaran kepada para pengusaha dan pemandu untuk menggunakan bas mereka bagi tujuan lain.

'' Ia hanya untuk menjana pendapatan bagi tujuan menampung kos sara hidup mereka'' kata Amali.

Kelmarin, kerajaan umumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak 500 ringgit kepada pemandu bas dan teksi di bawah Pakej Bantuan PERMAI.

Oleh: Thivyah Vegan John