Berbeza dengan tahun sebelumnya, Ira Kazar kini menyambut Aidilfitri yang pertama sebagai isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Ira yang terpalit dengan kontroversi rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah, dilihat berkunjung ke rumah saudaranya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Menerusi video yang tular, pemilik nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin, 27, tampil dengan busana kebaya bermotifkan flora serta tudung biru, dilihat menunggu giliran untuk bersalam-salaman dengan ahli keluarga di tepi tangga.
Namun seorang lelaki dipercayai saudara Ira sendiri memanggilnya sebelum berpeluk sambil berpesan agar pelakon itu tidak buat hal, sambil diiringi gelak ketawa saudara mara lain.
“Awak jangan buat hal,” ujarnya ringkas.
Bagaimanapun madu kepada Puteri Sarah Liyana itu hanya mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang respons terhadap gurauan itu, malah wajahnya juga kelihatan berubah.
Bagaimanapun kelibat suaminya tidak pula kelihatan dalam video berkenaan.
Sumber: Tiktok @ceritaartismalaysia