Pelakon, Sharifah Rose mendedahkan gaji bayaran pertama sebagai pelakon yang diperolehnya suatu ketika dahulu digunakan untuk membeli cincin berlian bernilai RM10,000.
Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, beliau tidak mahu mensia-siakan gaji yang diperolehnya itu untuk sesuatu yang bukan-bukan.
"Paling mahal saya pernah beli adalah cincin berlian dalam RM10,000. Masa itu pertama kali dapat bayaran untuk sebuah drama.
"Saya tidak mahu membeli sesuatu benda yang bukan-bukan. Jadi mak saya kata beli barang yang saya akan ingat dan boleh pakai," katanya.
Katanya lagi, beliau gemar untuk mengumpul tas tangan dan barangan kemas kerana ia merupakan satu bentuk pelaburan.
"Bila bercakap soal pelaburan ini, saya suka tas tangan dan barangan kemas. Tetapi jika fikir lebih kepada masa panjang, saya akan pilih barangan kemas lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang.
"Barang kemas ini adalah satu perkara yang sangat dekat dengan keluarga saya. Saya hanya ada seorang adik lelaki, dan saya seorang anak perempuan sulung. Dari kecil mak saya suka pakaikan semua barang kemas pada saya," katanya lagi.
Sumber: BH