200 Kawasan Di Johor Alami Gangguan Bekalan Air Akibat Kebakaran Di Loji

Kira-kira 200 kawasan di Johor Bahru, Kulai dan Iskandar Puteri mengalami gangguan bekalan air luar jangka berikutan kebakaran dua unit transformers di Loji Air Semangar, Jalan Kulai-Kota Tinggi di Kota Tinggi, Johor.

200 kawasan di johor alami gangguan bekalan air akibat kebakaran di loji

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Ranhill SAJ Sdn Bhd, kawasan yang terjejas melibatkan  Senai, Skudai, Pulai, Austin, Sedenak, Seelong, Kempas, Kulai, Gelang Patah dan Nusajaya.

 

"Kebakaran itu mengakibatkan loji dihenti tugas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya memadamkan kebakaran dan tiada korban nyawa dilaporkan. Pihak kami sedang berusaha bersama pihak berkaitan menyelesaikan masalah ini bagi memastikan kawasan terjejas menerima bekalan air bersih secara berperingkat.

"Mengikut maklumat terkini, sekiranya kerosakan berjaya diperbaiki dalam masa terdekat, anggaran tempoh pemulihan bekalan air adalah selama 12 jam selepas loji beroperasi semula dengan kapasiti penuh," menurut Ranhill SAJ.

200 kawasan di johor alami gangguan bekalan air akibat kebakaran di loji

Selain kawasan perumahan dan perindustrian, kawasan yang turut terjejas termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Laut Marin, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Taman Tema Legoland dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).

 

Kebakaran yang berlaku juga telah dikenalpasti pasukan Bomba dan punca serta jumlah kerugian kini masih dalam siasatan.

 

Sumber: [1]