2 Ujian Besar Negara: COVID-19 & Banjir

Malaysia sekarang ni berdepan 2 ujian besar iaitu peningkatan kes COVID-19 dan banjir yang semakin buruk. 

Rasanya semua dah tau kan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam umum 3,027 kes baru COVID-19 semalam. 

Jadi ni kali pertama melepasi angka 3,000 sekaligus kes harian tertinggi setakat ini.    2 ujian besar negara: covid-19 & banjir

2 ujian besar negara: covid-19 & banjir

Sebelum ni ramai yang tak jangka dan membayangkan pun yang angkanya akan sampai setinggi ni.  

Bukan tu je, KKM pun ramal kes baru COVID-19 ni boleh cecah hingga 8,000 sehari Mac nanti! Aduh! 

Ni boleh berlaku kalau nilai kebolehjangkitan atau RO melepasi 1.2 dan setakat ini kadarnya ialah 1.07 

Berikutan tu juga KKM mencadangkan PKP bersasar untuk mengatasi tekanan kat sistem penjagaan kesihatan. 

Kalau betullah cara ni dijangka berkesan berbanding yang sebelum ni laksanakanlah. Semoga tak terlalu lama sebab rakyat pun pada pendapat KJ, ramai yang tersepit ‘kanan kiri depan belakang’. Nak tak nak kena cari rezeki sambil tu risau jugak pasal kesihatan. Memang mencabar hati, perasan dan kekuatan mental 

Tak cukup dengan COVID-19 yang macam takde tanda nak reda masuk lagi 1 ujian. BANJIR. Sekali lagi aduh.

2 ujian besar negara: covid-19 & banjir

2 ujian besar negara: covid-19 & banjir

2 ujian besar negara: covid-19 & banjir

Kepada yang tak pernah mengalami hanya terbayang ni macam acara tahunan. Yelah sebut pun musim banjir jadi mungkin ada yang anggap macam musim durian gamaknya (senyum kosong). 

Tapi yang menjadi mangsa banjir bermakna kemusnahan hampir semua harta benda…keletihan berpindah dan mencuci sisa banjir…jugak memulakan sekali lagi usaha membina kembali kehidupan yang biasanya memakan masa bertahun-tahun. Ya bertahun-tahun. 

Kalau tengok keadaan banjir terkini, bencana alam ni kat kat Pantai Timur semakin buruk. 

Terbaru, hampir 48,000 penduduk terpaksa mendapatkan perlindungan kat pusat pemindahan. 

Pahang mencatatkan angka tertinggi iaitu hampir 20,000 mangsa, Terengganu lebih 13,000 dan Kelantan 6,000.

2 ujian besar negara: covid-19 & banjir

2 ujian besar negara: covid-19 & banjir

2 ujian besar negara: covid-19 & banjir

2 ujian besar negara: covid-19 & banjir

Oh ya, ni peringatan juga untuk penduduk Pantai Timur dan Johor iaitu hujan lebat kat Pahang, Terengganu dan Johor dijangka berterusan sampai Selasa minggu depan. 

Dalam tempoh ini jugak kejadian angin kencang boleh berlaku kat kawasan pantai negeri berkenaan. 

Untuk rakyat Malaysia yang diuji tetaplah hadapi semua dengan jiwa besar dan senyuman…termasuk KJ 

Oleh: KJ  

Sumber & foto: AWANI, BERNAMA, Facebook Istana Negara, Facebook Ebit Lew,Facebook Public Health Malaysia, Instagram  airtangan_tunkuazizah, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan Malaysia, Jabatan Meteorologi, Internet & netizen