18 Puasa Di Kampong Pisang Raih RM2 Juta Dalam 6 Hari Tayangan!

Filem terbaru Mamat Khalid iaitu 18 Puasa Di Kampong Pisang mencipta rekodnya yang tersendiri apabial berjaya meraih kutipan sebanyak RM2 juta hanya dalam tempoh 6 hari!

18 puasa di kampong pisang raih rm2 juta dalam 6 hari tayangan!

Filem komedi seram itu mula ditayangkan di platform Astro First pada 15 April lalu dan terus-menerus menjadi bualan para penonton sejak itu.

Jika sebelum ini watak Barboka diperkatakan ramai, kali ini watak yang baru diperkenalkan pula iaitu Tyson 2 lakonan Jaafar Onn yang menangkap perhatian ramai.

Manakan tidak, watak yang dibawakan Jaafar Onn itu cukup segar dalam ingatan dengan dialognya “Mim Alif Kap Nun – Mati” dalam salah satu babak yang terdapat dalam 18 Puasa Di Kampong Pisang.

Tidak dilupakan, ia juga merupakan kemunculan semula pelakon senior yang kini berusia 70 tahun itu setelah sekian lama tidak muncul dalam mana-mana filem mahupun drama.

Dalam pada itu, mereka yang telah menonton 18 Puasa Di Kampong Pisang turut memuji filem tersebut kerana mesejnya yang sampai.

18 puasa di kampong pisang raih rm2 juta dalam 6 hari tayangan!

Naib Presiden Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata pihaknya dan pengarah Mamat Khalid memanjatkan rasa syukur kerana filem tersebut berjaya memperoleh sambutan yang luar biasa.

Ujarnya, “Setinggi-tinggi penghargaan juga  buat barisan  pelakon  dan  kru  yang  telah  menjayakan 18  Puasa  Di  Kampong Pisang sehingga ia menjadi satu fenomena dan mempunyai simbolik tersendiri yang sinonim dengan bulan puasa.

“Selepas ini jika kita sebut nama Barkoba, saya yakin pasti ramai yang terus mengaitkan dengan orang  tidak  berpuasa  dan  bulan  Ramadan, manakala ‘plastik hitam’ simbolik francais  18  Puasa Di Kampong  Pisang.

“Kejayaan  ini diharap  dapat  menjadi pemangkin dalam industri  filem  tempatan  untuk terus bergerak ke depan meskipun dalam era normal baharu bagi tayangan filem.”

18 Puasa Di Kampong Pisang merupakan gabungan daripada dua masterpiece Mamat Khalid yang terdahulu iaitu Kampung Pisang dan 16 & 17 Puasa.

Mereka yang berminat untuk menonton 18 Puasa Di Kampong Pisang boleh melanggan di saluran Astro 480 atau strim di Astro Go atau On Demand. Dengan harga semurah RM15, penonton boleh mengulangi filem yang sama selama 48 jam iaitu 2 hari lamanya!

ARTIKEL BERKAITAN