14 Peratus Jemaah Umrah Positif COVID-19 Tidak Divaksinasi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sebanyak 14 peratus daripada 122 jemaah umrah yang positif COVID-19 varian Omicron tidak mengambil vaksinasi.

 

Hasil dapatan siasatan awal KKM itu menurut menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ia menunjukkan ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya dikenakan.

 

“Sepatutnya hanya yang divaksinasi dibenarkan pergi (menunaikan umrah). Kita akan bincang dengan kementerian terlibat supaya agensi pelancongan dapat patuh dengan syarat kita letakkan.

“Kita juga sedang siasat sama ada mereka ini (tidak divaksinasi) disebabkan faktor kesihatan atau memang enggan divaksinasi,” katanya.

14 peratus jemaah umrah positif covid-19 tidak divaksinasi

Menurut beliau lagi, kerajaan juga telah mengarahkan supaya menangguhkan sementara kebenaran perjalanan mengerjakan umrah untuk tempoh sebulan bagi penilaian risiko. Penilaian risiko dibuat semasa dalam dan luar negara khususnya Arab Saudi akan dijalankan dari semasa ke semasa sebelum kebenaran semula ke Tanah Suci dibuat.

 

Kata beliau, Malaysia juga akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi dan konsulat di negara itu untuk memperketatkan SOP sedia ada.

 

“KKM bersama agensi berkaitan akan kemas kini SOP umrah termasuk pengambilan dos penggalak sebagai syarat mengerjakan umrah, pengurusan kes dan kontek rapat di Arab Saudi.

“Pemantuan status kesihatan, memperkukuhkan tanggungjawab kepada agensi pelancongan dan memastikan pematuhan SOP umrah oleh jemaah dan petugas umrah serta melaporkan kes positif dan kontak rapat kepada KKM,” katanya.

Kata beliau, maklumat terbaru menunjukkan sebanyak 29 daripada 44 kes positif varian Omicron jangkitan import yang dikesan masih dari Arab Saudi.

 

Sumber: [1], [2]