Pertama kali seumpamanya di Malaysia, projek perintis vaksin COVID-19 melalui sistem pandu lalu telah berjaya dilaksanakan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, dengan melibatkan 130 orang penerima vaksin.
![pertama kali diadakan, 130 terima vaksin covid-19 secara pandu lalu](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/e2n7wceuyaep6ht.jpg)
Sebelum menjalani proses vaksinasi, mereka yang berkenaan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan PPV Khas (SPPV) serta didapati layak oleh doktor penilai.
![pertama kali diadakan, 130 terima vaksin covid-19 secara pandu lalu](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/e2n7wcevcaa1uct.jpg)
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), usaha itu akan diperluas bagi meningkatkan lagi kadar vaksinasi dan pada masa sama memberikan kemudahan kepada penerima vaksin di Malaysia.
Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19, Khairy Jamaluddin memaklumkan pembukaan lima Pusat Pemberina Vaksin mega di sekitar Lembah Klang bermula 7 Jun ini bagi mempercepatkan proses imunisasi rakyat seterusnya mencapai imuniti berkelompok.
![pertama kali diadakan, 130 terima vaksin covid-19 secara pandu lalu](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot_485.png)
Sumber: JKJAV / Khairy Jamaluddin