13 Kes COVID-19 Babitkan Super Strain Dikesan Di Malaysia Setakat Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sehingga kini sebanyak 13 kes positif COVID-19 dikesan melibatkan varian Delta B.1.617.

13 kes covid-19 babitkan super strain dikesan di malaysia setakat ini

Varian Delta yang juga dikenali sebagai Super Strain dan mutasi berganda pertama kali dikesan di India, kini bukan sahaja dikesan di negara ini, malah merebak ke 80 negara lain termasuk United Kingdom (UK), Bangladesh, Pakistan dan juga Indonesia.

 

Setakat ini, ia adalah mutasi SARS-CoV-2 paling bahaya di dunia kerana mempunyai ciri cepat merebak dan boleh membawa lebih banyak kematian. Berikut adalah perbandingan kadar kebolehjangkitan varian COVID-19 berbanding virus asal SARS-CoV-2.

13 kes covid-19 babitkan super strain dikesan di malaysia setakat ini

Pun begitu, vaksin yang telah dihasilkan kini masih berkesan untuk melawan varian ini daripada terus merebak. Sebagai langkah pencegahan juga, semua pengembara Malaysia dari India, Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh perlu menjalani kuarantin wajib selama 21 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan, bermula 24 Mei lalu.

 

 

Dalam perkembangan lain, jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 6,440 kes pada 18 Jun, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 685,204 kes.

13 kes covid-19 babitkan super strain dikesan di malaysia setakat ini

 

Sumber: KKM