Iya, semua orang yang meniaga pasti nak untung. Tapi, dalam mengaut keuntunan janganlah sampai menipu.
12 peniaga durian dekat Perak dikompuan RM100 seorang sebab menipu. Ini akibat menggunakan alat timbang dan sukat yang tak sah.
Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman, mereka telah melakukan pemeriksaan khas kepada peniaga-peniaga durian di sekitar Perak. Sebab itu lah mereka mendapati kesalahan ini dan mengekana kompaun.
Kesalahan yang dibuat itu disabitkan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 di mana peniaga menggunakan atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan.
"Pihak kementerian tidak mengawal harga bagi komoditi durian, namun peniaga wajib mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan daripada segi penandaan harga.
"Selain itu, peniaga juga wajib memastikan penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan dan masih dalam tempoh sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tak rugi langsung kalau kita jujur dalam perniagaan. Malah, rezeki yang kita terima pun akan bertambah berkat.
Sumber: Sinar Harian