11 Sektor Ekonomi Dibuka Untuk Negeri Fasa 1 Mulai Esok

Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membuka semula 11 sektor ekonomi bagi negeri-negeri dibawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuatkuasa esok, 16 Ogos 2021.

 

Menerusi satu kenyataan, Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira data penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) dan juga pemegang taruh (stakeholders) dalam sektor-sektor berkepentingan.

 

Kemudahan-kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos 2021, melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenar kembali beroperasi dalam negeri Fasa 1 adalah:

  1. Kedai cuci kereta
  2. Kedai elektrik dan elektronik
  3. Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
  4. Kedai perabot
  5. Kedai peralatan sukan
  6. Kedai aksesori kereta
  7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
  8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
  9. Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
  10. Kedai barangan kemas
  11. Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkidmatan gunting rambut asas sahaja)

 

Terdapat beberapa prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi, seperti memakai sarung tangan, menghadkan masa urusan antara pekerja dengan pelanggan, dan tidak membenarkan penggunaan fitting room/

 

Tambah lagi, pelanggan yang masuk ke premis perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 yang membuktikan individu itu sudah menerima vaksinasi lengkap.

 

Bagi  negeri di Fasa 2 pula, sebanyak 11 lagi aktiviti ekonomi yang juga dibenarkan operasi mulai esok, iaitu:

  1. Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi;
  2. Kedai barangan terpakai;
  3. Kedai bunga dan nurseri;
  4. Kedai kraftangan dan cenderahati;
  5. Kedai antik;
  6. Kedai alat permainan;
  7. Kedai permaidani;
  8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif;
  9. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi;
  10. Kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik);

11 sektor ekonomi dibuka untuk negeri fasa 1 mulai esok

Bagi golongan pekerja pula, Perdana Menteri meminta mereka melaporkan segera kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di cprc@moh.gov.my atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) di aduan.sop@moha@gov.my, atau Kementerian Sumber Manusia melalui aplikasi Working For Workers (WFW) sekiranya majikan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

 

Sumber: Astro AWANI