Umur Dah 31, ‘High Maintenance’ Punca Lelaki Takut Nak Dekati Nadia Brian?

Pelakon, Nadia Brian tidak menolak kemungkinan faktor dirinya yang bekerjaya menjadi punca kenapa kaum lelaki sukar mendekati dirinya.

umur dah 31, ‘high maintenance’ punca lelaki takut nak dekati nadia brian?

Menurut Nadia, 31, ada beberapa sebab yang mungkin mempengaruhi hubungannya untuk serius dengan mana-mana lelaki, seperti terlalu sibuk dengan komitmen karier lakonan dan juga perniagaan.

 

Tambah pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, itu bukanlah penyebab untuk lelaki berasa takut untuk mendekatinya, sebaliknya jadikan ia sebagai semangat untuk kaum lelaki lebih kuat berusaha dan patut berasa bertuah kerana memiliki wanita berdikari serta mampu menjana pendapatan sendiri.

umur dah 31, ‘high maintenance’ punca lelaki takut nak dekati nadia brian?

“Mungkin lelaki takut mendekati saya kerana lihat saya berkerjaya atau ‘high mantainance’. Pada mata mereka saya boleh buat segala perkara, tetapi tidak mengapa, saya bukan sejenis yang hanya berharap kepada lelaki sekiranya ada pasangan nanti.

“Mungkin itu persepsi mereka, jangan lah takut atau bagi alasan, sebaliknya berasa beruntung saya tidak akan menyusahkan sesiapa,” katanya.

 

Ujar Nadia lagi, beliau mahukan lelaki yang memahami dirinya sebagai isteri, bukan hanya sebagai pelakon atau usahawan, tetapi sebagai peneman hidup.

umur dah 31, ‘high maintenance’ punca lelaki takut nak dekati nadia brian?

“Bercakap tentang ciri-ciri lelaki idaman, semestinya saya mahukan seseorang yang memahami saya ini sebagai bakal isteri dia. Saya bukan hanya seorang pelakon, tetapi seorang usahawan, dia sebagai peneman hidup perlu faham kerjaya saya sangat sibuk. Kalau lebih seronok jika dia ada minat yang sama dengan saya.

“Saya mengharapkan lelaki yang minat pada perniagaan supaya sama-sama boleh memberi motivasi dan bimbing dengan misi yang sama. Kena ada keserasian.

“Selain itu, saya juga minat lelaki yang penyayang dan kelakar. Dapat lelaki kelakar boleh buat saya gelak dan tidak stres,” katanya lagi.

 

Terdahulu, Nadia pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada 2019, namun perkahwinannya itu tidak bertahan lama dan disahkan bercerai pada April 2020.

 

Sumber: Kosmo! Online