Sekumpulan doktor dari Fakulti Perubatan Universiti Yale mendedahkan cara bagi mengetahui risiko masalah jantung dengan menggunakan ujian ibu jari.
Menurutnya, ujian mudah itu hanya memerlukan seseorang menggunakan sebelah tangan dan membuka tapak tangan dalam keadaan rata sebelum cuba meletakkan ibu jari di sepanjang tapak tangan sejauh yang mungkin.
Jika ibu jari mereka boleh melepasi hingga ke luar kawasan tapak tangan, besar kemungkinan seseorang itu berisiko menghidap aneurisme (arteri tersumbat) tersembunyi.
Perkara ini adalah kerana kemampuan untuk menggerakkan ibu jari melepasi kawasan tapak tangan adalah antara petunjuk terdapat masalah pada sambungan sendi tubuhnya.
Ia adalah tanda penyakit tisu yang menghubungkan sendi ke seluruh badan termasuk aorta iaitu arteri terbesar dalam badan yang mengalir dari jantung.
“Kajian ini menunjukkan bahawa majoriti pesakit aneurisme tidak memberikan keputusan positif dalam ujian ibu jari-tapak tangan.
“Namun, pesakit yang positif ujian tersebut berkemungkinan tinggi mengalami aneurisme,” ujar penulis kanan jurnal tersebut, Dr. John A. Elefteriades.
Ujian ibu jari ini telah dijalankan ke atas 305 individu dan hasil kajian telah diterbitkan dalam American Journal of Cardiology..
Sumber: The Sun / Kosmo! / American Journal of Cardiology.