Tips Tak Nak Mata Pedih Bila Kupas Bawang

tips tak nak mata pedih bila kupas bawang

Pedih mata semasa kupas bawang adalah normal, kerana semasa mengupas bawang terdapat enzim pada setiap lapisan bawang yang akan merembes ke udara yang membuatkan mata pedih sehingga menangis. Ini adalah tips untuk elakkan pedih mata semasa mengupas bawang.

 

  1. Sapu jus lemon pada pisau

Sebelum memotong bawang, sapukan perahan jus lemon pada bilah pisau. Ia boleh membunuh enzim yang dirembes kerana lemon bersifat asid dan mempunyai bau yang kuat.

 

  1. Simpan bawang dalam peti ais

Kalau nak gunakan bawang, simpan dahulu di peti ais kerana dikatakan suhu yang dingin dapat melambatkan proses enzim bawang yang memedihkan mata.

 

  1. Kupas bawang dalam air

Untuk elakkan rembesan enzim bawang terbang ke udara, rendam bawang dalam bekas berisi air and kupas. Cara ini sangat berkesan!

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: elakmatapedihkupasbawang