Perlu Maklumkan Pada JPJ Kalau Tukar Warna Kenderaan, Ini Caranya!

Sehingga hujung tahun 2019, terdapat 31.2 juta unit kenderaan bermotor yang didaftarkan di Malaysia, dengan meliputi kenderaan seperti kereta, motor, serta kenderaan komersial.

perlu maklumkan pada jpj kalau tukar warna kenderaan, ini caranya!

Dan sudah pasti ramai pemilik yang gemar melakukan ubahsuai kenderaan, termasuklah penampilan luaran dengan mengenakan cat atau warna tertentu.

perlu maklumkan pada jpj kalau tukar warna kenderaan, ini caranya!

Namun tahukah anda, anda perlu memaklumkan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila menukarkan warna dan cat pada kenderaan anda, seperti yang tertakluk dalam Seksyen (12) Akta Pengakutan Jalan 1987.

 

Merujuk pada seksyen berkenaan, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna, perlu diberi suatu Notis Arah Periksa atau PG1. Notis tersebut diberikan supaya pemilik memaklumkan kepada JPJ setiap perubahan warna kenderaan berkenaan.

 

Berikut adalah panduan kepada pemilik apabila melakukan penukaran warna dan cat pada kenderaan masing-masing:

  1. Cat dahulu kenderaan.
  2. Apabila siap dicat, pemilik perlu hadir ke pejabat JPJ. Jika melebihi dari 1 warna, warna paling dominan (paling banyak) akan dianggap sebagai warna kenderaan.
  3. Isikan borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serah kepada Pegawai bertugas.
  4. Pegawai bertugas akan mengemaskini dalam sistem MySikap dan tiada sebarang bayaran akan dikenakan.

perlu maklumkan pada jpj kalau tukar warna kenderaan, ini caranya!

Sumber: @JPJ_Malaysia