Artikel ini ditaja oleh Honda
Kredit: Canva, Edit: SYOK BM
Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan puasa dan tak lama lagi nak raya. Macam biasa, sepanjang tempoh ini lah ramai berpusu-pusu balik kampung.
Tapi nak jalan jauh minyak kena standby!
Haa tahu tak sebenarnya kita boleh jimat atau kurangkan penggunaan minyak petrol jika follow tips dan kaedah yang betul?
Ini Antara Tips Jimat Minyak Kereta Patut Korang Cuba 👇
#1 Plan perjalanan, jangan drive waktu peak hour! Merana nanti!
Korang tahu tak penduduk sekitar Kuala Lumpur menghabiskan 159 jam di atas jalan raya akibat trafik sesak tahun lalu? Tempoh itu bersamaan dengan RM1,023 harga petrol.
Jadi, rancanglah perjalanan, elakkan waktu sesak ketika pulang ke kampung. Boleh guna aplikasi Waze untuk check waktu terbaik untuk bergerak atau pantau keadaan trafik semasa daripada 👉 PLUS.
#2 Statik terlalu lama, tak bergerak-gerak!
Ada sesetengah pemandu memang cukup suka duduk dan berehat di dalam kereta sambil menikmati aircond atau bermain smartphone.
Kalau nak jimat minyak, cuba elakkan enjin kereta hidup jika tidak bergerak terutama lebih daripada tiga minit.
#3 Servis kereta ikut waktu ditetapkan
Servis kereta secara berkala sebenarnya bantu mengekalkan kecekapan bahan api enjin kereta. Pastikan korang hantar servis supaya kereta dalam keadaan baik untuk pulang ke kampung!
#4 Jimat minyak dengan teknologi e:HEV!
Kalau nak penjimatan jangka masa panjang, teknologi e:HEV antara yang boleh dipertimbangkan. Jika memiliki kereta hibrid, korang akan merasai penjimatan minyak yang agak ketara.
Kalau nak tahu, Teknologi e:HEV merupakan sistem hibrid termaju Honda yang menggunakan sistem dwi-motor hibrid, menggabungkan motor elektrik dengan enjin petrol.
Sistem ini direka untuk memberikan pengalaman memandu yang lancar, selesa, dan sangat efisyen khususnya untuk penggunaan bahan api atau petrol.
Balik Kampung Dengan Teknologi Hibrid Termaju Honda City!
Kredit: Honda
Berita baik untuk korang yang tercari-cari kereta paling sesuai untuk upgrade, Honda City kini tampil dengan dua varian RS jenis e:HEV dan Petrol.
Selain itu, ada juga varian V, E, S untuk korang pilih mengikut keperluan!
Apa Ciri Menarik Honda City RS?
#1 Luaran Lebih Stunning! Penuh Gaya! Lebih Refined!
Kredit: Honda
Jika lihat dari segi luaran, kerangka Honda City RS ini lebih panjang dan dinamik, memang stunning!
Reka bentuk RS juga lebih unik menampilkan gril depan bentuk ‘Honeycomb’ baharu. Bukan tu je, gril depan bawah, peresap belakang, skirting sisi serta lambang RS direka dengan bentuk baharu.
Selain itu, bampar hadapan, belakang dan roda aloi dwi-tona 16 inci juga direka dengan bentuk baharu. Memang bergaya balik kampung nanti!
#2 Pemanduan Berkuasa Dengan Teknologi Hibrid Honda, 1.5L e:HEV Powertrain! 🔥
Kredit: Honda
Varian RS dilengkapi dengan rangkaian kuasa 1.5L e:HEV yang menghasilkan kuasa109PS maksimum dan 253Nm tork yang terbaik dalam kelasnya.
Untuk enjin 1.5 DOHC i-VTEC, City baharu ini mampu memberikan kuasa maksimum 121PS dan tork maksimum 145Nm untuk pemanduan lancar dan sporty.
Dengan sistem enjin sebegini, korang akan menikmati pemanduan super efisyen, berkuasa dan paling lega adalah lebih jimat minyak.👏 Balik kampung jauh pun tak ada masalah!
#3 Ruang Kargo LUASSS! Wife Bawak Luggage Banyak Pun Takde Hal!
Kredit: Honda
Honda City baru ini kekal praktikal dengan konfigurasi tempat duduk belakang lipatan ‘60:40’ yang menawarkan lebih banyak ruang iaitu 519 liter (Petrol) & 410 liter (Hibrid).
Jadi korang boleh letak banyak barang sepanjang percutian tanpa mengorbankan keselesaan penumpang belakang.
#4 Lebih Secure Dengan Sensing Termaju Honda!
Kredit: Honda
Seperti mana model lain, RS juga dilengkapi dengan ciri keselamatan Honda SENSING termaju, ciri standard untuk semua varian yang terdiri daripada fungsi keselamatan 👇
- Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow/LSF) Hanya untuk e:HEV RS
- Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification/LCDN)
- Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control/ACC)
- Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning/FCW)
- Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System/CMBS)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System/LKAS)
- Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation/RDM)
- Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning/LDW)
- Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam/AHB)
Ciri keselamatan lain termasuklah 6 beg udara dan Walk Away Auto Lock yang didatangkan sebagai standard untuk semua varian. Perfect! 👍
Selain itu, Honda City RS varian Petrol dan e:HEV turut disertakan dengan Honda CONNECT yang membolehkan korang memantau kereta melalui telefon pintar.
Sangat bagus dari segi aspek keselamatan terutama jika berlaku kemalangan atau berlaku kecurian.
#5 Serba Lengkap! Dilengkapi Apple CarPlay & Android Auto Connectivity
Kredit: Honda
Kedua-dua Petrol RS dan e:HEV RS dilengkapi dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ dan skrin TFT sebesar 7 inci.
Kecuali untuk varian S, semua varian lain berkongsi ciri baharu yang dinaik taraf, iaitu 8 pembesar suara, antara muka baharu untuk audio paparan, kamera belakang yang dipertingkatkan dan port USB belakang baharu (Jenis C). Fuhhh complete!
Tawaran Superrrr Exclusive Honda! Balik Kampung Dengan Kereta Baru Jom 😉
Honda City menampilkan lima warna yang sangat vibe termasuklah 👉 Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Meteoroid Gray Metallic dan Crystal Black Pearl.
Harga untuk kelima-lima varian Honda City seperti di bawah 👇
Kredit: Honda
Pssst… ada promosi raya juga tau, siap ada bonus duit raya weh! Jadi tunggu apa lagi?
Kredit: Honda
Korang boleh terus pandu uji di pengedar sah Honda berdekatan atau check out 👉 website Honda.