Bahaya Internet Kepada Anak-anak! Ini Yang Ibu Bapa Perlu Buat

bahaya internet kepada anak-anak! ini yang ibu bapa perlu buat

Semua orang tahu dunia maya terlalu luas dan tiada sempadan. Apabila terlalu terbuka, maka kejahatan pun boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Zaman sekarang, kanak-kanak pun dah ada media sosial. Seawal sehari, seseorang bayi itu sudah mempunyai akaun Instagram. Walhal, perkara tersebut boleh mengundang 1001 bahaya kepada anak kecil.

Jadi, kepada ibu bapa, ini yang perlu korang buat dalam mengawal penggunaan internet terhadap anak-anak:

1. Bagitau kepada anak korang untuk maklumkan kepada korang sekiranya mereka menemui sesuatu yang boleh membuatkan rasa kurang senang dan cemas di internet.

2. Wujudkan peraturan penggunaan internet. Ajar mereka bagaimana mahu menggunakan laman web sosial dan the best way untuk menggunakannya.

3. Jangan sesekali membenarkan budak bawah umur mendaftar dengan media sosial seandainya umur mereka tidak memenuhi kriteria.

4. Ajar anak korang untuk tidak bertemu atau bersua muka dengan mana-mana individu yang hanya dikenali di atas talian.

5. Didik anak korang tentang buli siber. Seandainya mereka mengalami dan merasa dibuli di siber, pinta mereka untuk maklumkan kepada ibubapa, guru atau mana-mana orang dewasa yang mereka boleh percaya.

Sumber: MyHEALTH

 

ARTIKEL BERKAITAN