Membesar Tanpa Ibu, Ini Tips Besarkan Anak Kucing Yatim Piatu

Tidak semua kucing mempunyai nasib yang baik dibesarkan oleh ibunya sendiri. Ada anak kucing yang terpaksa dibesarkan sendiri oleh ibu kucing lain, dan ada juga yang terpaksa membesar sendirian.

membesar tanpa ibu, ini tips besarkan anak kucing yatim piatu

Namun jika anda sebagai pemilik kucing terpaksa berhadapan dengan situasi membesarkan anak kucing yatim piatu ini, apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan anak kucing itu membesar dengan baik dan sihat?

Memetik hantaran daripada portal Verst, terdapat beberapa tips yang dicadangkan jika anda perlu membesarkan anak kucing yatim piatu ini:

 

  1. Pantau pola pemakanan yang diberi

membesar tanpa ibu, ini tips besarkan anak kucing yatim piatu

Adalah penting bagi kita memastikan anak kucing yang dibesarkan mempunyai berat ideal dengan merekodkan berat anak kucing setiap hari. Digalakkan menggunakan jarum suntikan 5cc untk memberi makanan kepada anak kucing, dimana makanan itu adalah berupa susu anak kucing yang dicampurkan dengan makanan kucing yang tinggi kalori dan dirumus khas.

 

  1. Sediakan tandas dan ‘istana’ anak kucing

membesar tanpa ibu, ini tips besarkan anak kucing yatim piatu

Sebagai pemilik, pantau kebersihan anak kucing dan sediakan tandas serta tempat tidur yang selesa buat anak kucing itu. Anak kucing cenderung mengalami cirit-birit kerana mereka tidak mendapat nurtisi mencukupi yang ada dalam susu ibu kucing. Oleh itu, dapatkan pemeriksaan di klinik haiwan disamping kerap memandikan anak kucing anda dengan syampu wangian lavender yang boleh menenangkan mereka.

 

  1. Sediakan mainan khas untuk bermain.

membesar tanpa ibu, ini tips besarkan anak kucing yatim piatu

Anak kucing yang sedang membesar mempunyai sifat ingin bermain dan aktif. Sediakan mainan yang mudah digunakan mereka seperti bola kecil supaya mereka akan sentiasa kekal aktif dan membesar dengan baik.

 

  1. Bekas makanan yang bersesuaian.

membesar tanpa ibu, ini tips besarkan anak kucing yatim piatu

Jika anak kucing anda sudah semakin membesar dan mampu mengambil makanan mereka dengan sendiri, sediakan bekas makanan yang bersesuian dengan kucing anda. Bekas makanan yang sedikit tinggi adalah lebih baik buat kucing kerana ia akan membantu kucing daripada menghadapi masalah tulang belakang ataupun pinggul. Bekas makanan yang tinggi juga memudahkan anda untuk mengemas kerana ia mengelakkan daripada makanan tertumpah keluar.

 

Siapa yang pernah membesarkan anak kucing yatim piatu? Kongsilah sikit pengalaman korang!

 

Sumber: Verst