Tahukah anda bahawa keseluruhan kesihatan tubuh dibina berdasarkan jumlah tidur yang mencukupi?
Selain itu, bangun awal pagi juga diketahui mempunyai banyak faedah.
Salah satu faktor utama untuk kekal cergas lagi-lagi pada bulan puasa adalah dengan mendapatkan tidur yang betul.
Sangat penting bagi seseorang untuk bangun tepat pada waktunya untuk bersahur kerana makanan sebelum subuh pada bulan Ramadan merupakan bahagian paling penting dah sehari.
Sekiranya seseorang itu berpuasa hingga matahari terbenam, mereka memerlukan tenaga yang mencukupi untuk menjalani sepanjang hari tersebut.
Susulan itu, tidak kiralah betapa letihnya anda, penting untuk anda mengunci alarm clock anda sekurang-kurangnya 40-50 minit sebelum Fajar, bangun tepat pada waktunya dan menyiapkan makanan serta menikmatinya dengan tenang.
Langkah yang disebut adalah sangat disyorkan kerana tubuh manusia memerlukan waktu yang cukup untuk mencerna makanan pertama yang diambil ketika waktu subuh. Selain itu, adalah tidak sihat buat seseorang untuk makan secara gelojoh dalam tempoh 5-10 minit terakhir ketika bersahur.
Oleh itu, buat anda yang ingin terus kekal cergas dalam bulan puasa ini, mungkin boleh cuba cara ini iaitu dengan tidur awal dan bangun awal, mungkin bermula dengan hari ini?
Sumber: [1]