Ada banyak tips dan cara untuk pokok menjadi sihat dan gebu. Tapi tips kali ini lebih rare. Dikatakan campuran telur ayam segar dan minuman kultur yakult boleh menghasilkan hormon penggalak pokok berbuah lebat! Yang penting cara ini selamat digunakan tanpa bahan kimia. Cara ini boleh digunakan untuk pokok yang kurang berbuah dan kurang sihat.
Bahan bahan yang diperlukan hanya dua biji telur, satu botol yakult dan 500ml botol air.
Pecahkan dua biji telur dan masukkan ia ke dalam botol menggunakan pencorong. Kemudian masukkan setengah botol yakult ke dalam botol berisi telur tadi. Concang sebati kedua bahan itu dan peram selama tiga atau empat hari.
‘Make sure’ penutup botol dilonggarkan untuk perlepasan gas yang dihasilkan semasa fermentasi berlaku. Simpan ditempat yang bersuhu bilik dan bukan di tempat yang ada sinaran cahaya matahari. Cara ini boleh digunakan untuk semua jenis pokok.
Sembur keseluruhan pokok dan juga siram ke tanah, lalukannya dua kali sehari pagi dan petang. Selamat mencuba!
Sumber: Mingguan Wanita
Oleh: Khalie Azmi