Pakar Tidur Kongsi Dua Teknik Mudah Untuk Anda Mudah Tertidur

Tidur merupakan satu aktiviti rehat badan semula jadi yang dialami oleh semua orang.

 

Menurut laman Hello Doktor, secara umumnya manusia dewasa perlu tidur sekitar 7 hingga 9 jam sehari dan tempoh ini adalah berbeza untuk peringkat usia yang lain.

berapa jam sebenarnya kena tidur? ini cara kira jam tidur ikut umur

Kehilangan tidur yang mencukupi boleh mempengaruhi mood, tenaga, ketajaman mental dan kemampuan individu itu menangani tekanan dan masalah.

berapa jam sebenarnya kena tidur? ini cara kira jam tidur ikut umur

Bagaimana cara untuk mendapatkan tidur yang pantas setiap malam?

 

Pakar tidur, James Wilson telah berkongsikan dua teknik pernafasan yang mana dapat membantu seseorang itu untuk tidur dengan mudah.

 

"Teknik pernafasan yang betul dapat menurunkan degup jantung kita.

"Penurunan degupan jantung adalah bahagian penting daalam proses yang mendorong kita ke arah tidur.

“Mereka yang alami masalah untuk tidur atau sering terjaga pada waktu malam adalah disebabkan beberapa faktor seperti perasaan bimbang, rasa panik, hingga ia membawa kepada degupan jantung yang lebih cepat.

"Jadi amat bagus untuk mereka yang alami masalah ini untuk mempraktikkan teknik berikut bagi membantu proses tidur dengan mudah," katanya.

 

Dua teknik yang disebut James adalah:

1. Box Breathing

- Tarik nafas selama 4 saat, tahan selama 4 saat, hembuskan dalam kiraan 4 saat dan rehat dalam 4 saat. Ulang langkah ini hingga anda tertidur.

 

2. Teknik ‘THE’

- Tutup kedua belah mata dan bayangkan ada cahaya di hujung terowong.

- Fokus pada cahaya tersebut, tarik nafas sedalamnya dan sebut perkataan ‘THE’ berulang-ulang kali.

- Tumpuan ini menghalang minda untuk berfikir perkara lain dan ia sekaligus menurunkan degupan jantung dan akhirnya mudah untuk tertidur.

 

Sumber: Hello Doktor / Daily Star