Tak Perlu Tumpang WhatsApp Orang Lain, Ini Trik Hantar Ke Nombor Sendiri

Jika anda sedang mencari cara untuk menyimpan teks atau file dalam aplikasi WhatsApp, mungkin ini cara yang anda boleh ikuti.

Pernah tak sebelum ini anda terpaksa ‘menumpang’ WhatsApp orang lain bagi meletakkan teks mesej atau file tertentu sebelum ia dipindahkan ke dalam telefon bimbit mahupun kepada laptop?

tak perlu tumpang whatsapp orang lain, ini trik hantar ke nombor sendiri

Namun dengan menghantar teks mesej atau file itu kepada nombor sendiri, ia lebih mudah dan tidak perlu melibatkan nombor rakan atau kenalan anda yang lain.

 

Caranya,

1. Buka browser pada telefon bimbit anda dan taip wa.me//, diikuti kod negara dan nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan dengan WhatsApp. Contoh, wa.me//60*******36.

2. Tekan enter dan satu pop-up mesej akan keluar. Tekan “Continue to chat”.

3. Anda akan dibawa ke aplikasi WhatsApp terus kepada nombor anda sendiri. Disini, anda boleh menghantar mesej kepada diri sendiri tanpa perlu risau menggangu orang lain.

tak perlu tumpang whatsapp orang lain, ini trik hantar ke nombor sendiri

Untuk memudahkan anda, pin sahaja mesej WhatsApp itu di atas, supaya lepas ni senang nak cari. Tekan lama-lama pada mesej, dan klik butang pin pada atas kanan.

Selamat mencuba!

 

Sumber: The Sun