Penyanyi, Syada Amzah mengejutkan orang ramai dengan penampilan terbaharunya yang lebih langsung selepas setahun.
Menerusi perkongsiannya di Twitter, Syada berkongsikan foto dirinya ketika tahun 2020 dengan berat 56 kilogram, dibandingkan dengan foto terkini dengan berat 45 kilogram.
Perubahan itu membuatkan ramai yang meminta dirinya berkongsikan tips atau petua untuk menurunkan berat badan dengan sepertinya.
“Tips dia heartbreak ke ni?”, tanya salah seorang pengikut Syada di Twitter.
Bagaimanapun menurut penyanyi berusia 23 tahun ini, beliau tidak punya sebarang tips atau petua untuk menurunkan berat badan, sebaliknya hanya tidak berbuat apa-apa dan tidak ambil peduli tentangnya.
Perkongsian oleh Syada ini menarik perhatian ramai pengguna di Twitter, hingga mendapat lebih 1,500 retweet dan 11 ribu tanda suka.
Terdahulu, beliau juga merupakan adik kepada penyanyi terkenal yang mencipta nama di negara China iaitu Shila Amzah pernah dikritik gara-gara berkongsi tips untuk turunkan berat badan dengan mengamalkan diet buat-buahan sekitar tahun 2017 lalu.
Sumber: Twitter @syadaamzah