Kalkulator Pun Pening Nak Jawab Soalan Asas Matematik Ini

Matematik dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab, ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan.

 

Kita telah mempelajari ilmu matematik ini sejak dari zaman tadika, bermula dengan asas nombor kepada ilmu pengiraan dan penyelesaian masalah. Ilmu ini digunakan dalam kehidupan kita seharian tanpa kita sedar akan kepentingannya.

 

Tidak dinafikan matematik ada kalanya merumitkan dan memeningkan kepala. Misalnya, masalah asas matematik yang dibangkitkan di Twitter oleh @pjamdoll.

kalkulator pun pening nak jawab soalan asas matematik ini

Soalan yang ditanya nampak mudah iaitu 8 ÷ 2(2 + 2) = ?, namun ia boleh memberikan dua jawapan berbeza iaitu 1 atau 16.

kalkulator pun pening nak jawab soalan asas matematik ini

Jika menggunakan teori BODMAS atau PEDMAS iaitu menyelesaikan kiraan dalam kurungan, diikuti bahagi, darab, tambah dan akhirnya tolak, maka jawapan yang diperoleh adalah 16.

= 8 ÷ 2(2 + 2)

= 8 ÷ 2(4)

= 4(4)

= 16

 

Namun, menurut satu lagi pengiraan yang digunapakai sejak tahun 1917, dikenali sebagai ‘Order of Operations’, proses pengiraan bagi soalan seperti ini adalah berbeza.

= 8 ÷ 2(2 + 2)

= 8 ÷ 2(4)

= 8 ÷ 8

=1

 

Soalan seperti ini bukan sahaja membuat manusia keliru, malah pengiraan menggunakan kalkulator juga boleh memberikan dua jawapan berbeza.

kalkulator pun pening nak jawab soalan asas matematik ini

Apa pula jawapan anda?

 

Sumber: Mirror UK

 

 

ARTIKEL BERKAITAN